BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

Setapak lagi kaki melangkah


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Setapak lagi kaki ini melangkah...apa yang menarik untuk kali ini ilah buat pertama kalinya saya menyeberangi laut selatan dan betapak di Negeri Perak InsyaAllah untuk menamatkan pengajian selama 4 tahun dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Mungkin ini yang dinamakan ketentuan Allah dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Walaupun hakikatnya jiwa saya bukanlah sebgai kaunselor jika dibagi pilihan sama ada untuk mengajar atau menjadi kaunselor pasti saya akan memilih untuk mengajar, namun adakah perasaan ini terus menerus saya rasakan..ikuti kisah perjalanan anak kelahiran Sabah ini dalam mendekati diri dalam bidang Kaunseling.

Masih segar diingatan hari pertama sampai di di kolej kediaman yang mana ketika itu saya ditawarkan untuk menduduki Kolej Zaba, selepas hari pendaftaran maka bermulalah minggu orientasi untuk pelajar PISMP( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) Hari pertama minggu orientasi sahaja sudah berjatya membuatkan saya seperti hendak menangis tiba-tiba tidak setabah sebelumnya namun melihat kawan-kawan yang lain kecekalan ini serta merta timbul, ketika itu ambilan julai untuk di tawarkan krusus pendidikan sangat ramai beribu-ribu pelajar . Saya masih ingat lagi ketika minggu orientasi bermula kami dikendalikan oleh SMU ( Sahabat Mahasiswa Universiti) sepanjang minggu orientasi. Hari demi hari berasa seronok pula berada di UPSI banyak berkenalan dengan kawan-kawan daripada pelbagai negeri.

UPSI buakn lah satu universiti yang baru ianya merupakan universiti lama yang dulu merupakan MPSI Maktab Perguruan Sultan Idris dan di naik taraf Sebagai UPSI. Keluasan bangunan UPSI ini juga tidaklah besar seperti universiti lain. Namun suasanaya agak tenang dan jauh daripada kesebokkan kota, ianya berhampiran dengan Pekan Tanjong Malim, walaubagaimanapun kedudukan UPSI ini sangat berhampiran dengan Selangor dan tidak lah jauh daripada KL. Dalam minggu orientasi ini lah yang banyak mengenalkan saya tentang UPSI.

Hari berganti hari, kuliah pun bermula ingat lagi saya ketika mana ada taklimat daripada akademik yang mengatakan kami pelajar kaunseling boleh mengambil minor subjek lain lalu degan itu saya merancang untuk mengambil subjek Pendidikan Isalam lalu saya dan kawan- kawan mengambil bahasa tambahan iaitu Bahasa Arab sebanyak 1 jam kredit ini kerana saya masih lagi berharap saya boleh teruskan pengajian saya dalam bidang ini namun apa yang berlaku kos kami tidak jadi menawarkan minor kepada kos saya jadinya saya ditakdirkan menjadi kaunselor sepenuhnya. Saya terima dan masih menantikan apakah hikmah di sebalik takdir saya menjadi kaunselor.

Semester satu banyak mengajar saya mengenal kehidupan sebenar di kampus mengajar saya mengenali ramai orang dan paling penting mengajar saya budaya pembelajaran di Universiti yang saya dapat rasakan sangat berbeza dengan sekolah dahulu. Di universiti saya lebih perlu berdikari daripada pelbagai aspek bukan lagi seperti sekolah dahulu yang mungkin banyak bergantung dengan kawan- kawan dan keluarga. Cara pembelajaran juga berbeza saya masih ingat antara asimen pertama saya ialah kami diminta untuk mencipta teori sendiri kecoh budak kaunseling semester satu almaklumlah ketika itu masih tidak tahu lagi nak buat asimen ..namun apa yang boleh saya ucapkan terima kasih kepada kakak dan abang sinior yang banyak ajar saya mengenai asimen lalu lahirlah teori kaunseling iaitu Teori Latex karana saya merasakan kehidupan manusia ini ibarat susu getah yang ditoreh jika betul jalan yang dipilih maka hasilnya juga baik seperti getah (Latex) jika cara menorehnya baik dan betul makan ianya akan menghasilkan susu getah yang banyak. Teori ini agak simpel namun mampu mengungkapkan bagaimana perjalanan manusia yang dilakar sendiri sama ada mampu atau tidak menuju matlamat dan membuahkan hasil. Itulah antara asimen pertama saya belajar di UPSI dan yang tidak pernah saya lupakan. Namun ini adalah percubaan yang pertama untuk mendekatkan diri dalam bidang kaunseling. Saya berazam untuk melakukan asimen yang lebih baik lagi untuk masa akan datang

Ternyata ketika ini masih jauh lagi perjalanan saya untuk mengapai ijazah dalam bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling namun apa yang pasti UPSI mampu melakar sesuatu yang bermakna dalam hidup saya . Thank you Allah.