BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 1, 2010

Setapak lagi kaki melangkah


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Setapak lagi kaki ini melangkah...apa yang menarik untuk kali ini ilah buat pertama kalinya saya menyeberangi laut selatan dan betapak di Negeri Perak InsyaAllah untuk menamatkan pengajian selama 4 tahun dengan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Mungkin ini yang dinamakan ketentuan Allah dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Walaupun hakikatnya jiwa saya bukanlah sebgai kaunselor jika dibagi pilihan sama ada untuk mengajar atau menjadi kaunselor pasti saya akan memilih untuk mengajar, namun adakah perasaan ini terus menerus saya rasakan..ikuti kisah perjalanan anak kelahiran Sabah ini dalam mendekati diri dalam bidang Kaunseling.

Masih segar diingatan hari pertama sampai di di kolej kediaman yang mana ketika itu saya ditawarkan untuk menduduki Kolej Zaba, selepas hari pendaftaran maka bermulalah minggu orientasi untuk pelajar PISMP( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) Hari pertama minggu orientasi sahaja sudah berjatya membuatkan saya seperti hendak menangis tiba-tiba tidak setabah sebelumnya namun melihat kawan-kawan yang lain kecekalan ini serta merta timbul, ketika itu ambilan julai untuk di tawarkan krusus pendidikan sangat ramai beribu-ribu pelajar . Saya masih ingat lagi ketika minggu orientasi bermula kami dikendalikan oleh SMU ( Sahabat Mahasiswa Universiti) sepanjang minggu orientasi. Hari demi hari berasa seronok pula berada di UPSI banyak berkenalan dengan kawan-kawan daripada pelbagai negeri.

UPSI buakn lah satu universiti yang baru ianya merupakan universiti lama yang dulu merupakan MPSI Maktab Perguruan Sultan Idris dan di naik taraf Sebagai UPSI. Keluasan bangunan UPSI ini juga tidaklah besar seperti universiti lain. Namun suasanaya agak tenang dan jauh daripada kesebokkan kota, ianya berhampiran dengan Pekan Tanjong Malim, walaubagaimanapun kedudukan UPSI ini sangat berhampiran dengan Selangor dan tidak lah jauh daripada KL. Dalam minggu orientasi ini lah yang banyak mengenalkan saya tentang UPSI.

Hari berganti hari, kuliah pun bermula ingat lagi saya ketika mana ada taklimat daripada akademik yang mengatakan kami pelajar kaunseling boleh mengambil minor subjek lain lalu degan itu saya merancang untuk mengambil subjek Pendidikan Isalam lalu saya dan kawan- kawan mengambil bahasa tambahan iaitu Bahasa Arab sebanyak 1 jam kredit ini kerana saya masih lagi berharap saya boleh teruskan pengajian saya dalam bidang ini namun apa yang berlaku kos kami tidak jadi menawarkan minor kepada kos saya jadinya saya ditakdirkan menjadi kaunselor sepenuhnya. Saya terima dan masih menantikan apakah hikmah di sebalik takdir saya menjadi kaunselor.

Semester satu banyak mengajar saya mengenal kehidupan sebenar di kampus mengajar saya mengenali ramai orang dan paling penting mengajar saya budaya pembelajaran di Universiti yang saya dapat rasakan sangat berbeza dengan sekolah dahulu. Di universiti saya lebih perlu berdikari daripada pelbagai aspek bukan lagi seperti sekolah dahulu yang mungkin banyak bergantung dengan kawan- kawan dan keluarga. Cara pembelajaran juga berbeza saya masih ingat antara asimen pertama saya ialah kami diminta untuk mencipta teori sendiri kecoh budak kaunseling semester satu almaklumlah ketika itu masih tidak tahu lagi nak buat asimen ..namun apa yang boleh saya ucapkan terima kasih kepada kakak dan abang sinior yang banyak ajar saya mengenai asimen lalu lahirlah teori kaunseling iaitu Teori Latex karana saya merasakan kehidupan manusia ini ibarat susu getah yang ditoreh jika betul jalan yang dipilih maka hasilnya juga baik seperti getah (Latex) jika cara menorehnya baik dan betul makan ianya akan menghasilkan susu getah yang banyak. Teori ini agak simpel namun mampu mengungkapkan bagaimana perjalanan manusia yang dilakar sendiri sama ada mampu atau tidak menuju matlamat dan membuahkan hasil. Itulah antara asimen pertama saya belajar di UPSI dan yang tidak pernah saya lupakan. Namun ini adalah percubaan yang pertama untuk mendekatkan diri dalam bidang kaunseling. Saya berazam untuk melakukan asimen yang lebih baik lagi untuk masa akan datang

Ternyata ketika ini masih jauh lagi perjalanan saya untuk mengapai ijazah dalam bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling namun apa yang pasti UPSI mampu melakar sesuatu yang bermakna dalam hidup saya . Thank you Allah.

Thursday, February 25, 2010

Secebis peluang seribu pengalaman



Dari bangku pelajar ke bangku tenaga pengajar

Ustazah Ziella! antara gelaran keramat yang pernah terukir di bibir anak- anak murid saya dari SK Pekan Tenom, yang mana ketika itu seawal usia 19 tahun saya mula berjinak-jinak dengan dunia persekolahan memingkul tanggungjawab sebagai seorang pendidik diatas peluang yang diberikan, semuanya bermula apabila ketika menunggu keputusan STPM dari Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu..pada ketika itu dalam waktu yang sama di sekolah abag ipar saya memerlukan guru ganti yang mana ketika itu guru tersebut perlu menghadiri krusus KDP 14 Minggu , diatas tuntutan keperluan guru di sekolah tersebut, guru ganti diperlukan, oleh itu saya mengambil peluang untuk mencari pengalaman sebagai seorang pendidik yang pada awalnya tidak pernah bermain di minda untuk menceburi bidang keguruan ini kerana bagi saya, saya ingin mencuba sesuatu yang barau dalam keluarga saya. Namun perasaan ingin mencuba itu amat tinggi disamping mendapat sokongan daripada keluarga yang juga rata-ratanya adalah juga adalah pendidik, saya percaya ianya memberi pengaruh besar terhadap masa depan saya. Pada mulanya terasa diri ini amat rendah dan tidak layak untuk mengajar anak- anak murid ya lah mana tidaknya saya baru sahaja menamatkan persekolahan pada bulan Disember 2006 dan pada Januari 2007 saya meikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik pula, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar beberapa subjek antaranya Pendidikan Islam untuk tahun5 dan tahun 3, Kajian Tempatan untuk tahun 5 dan 6 seterusnya Pendidikan Moral untuk Tahun 6. Ini merupakan antara cabaran terbesar dalam hidup saya bukan sahaja saya perlu mengajar malah saya perlu belajar banyak perkara antara cabaran yang saya tempuhi ialah tentang subjek itu sendiri saya kena banyak merujuk buku dan bertaya kepada guru-guru lain. Selain itu, saya banyak bertanya dengan abang ipar saya Cikgu Adnan dan kakak saya sendiri Cikgu Mazneh bagaimana melaksanakan RPH, membuat soalan ujian cara pengajaran dan sebagainya.

Saya bukan sahaja mengajar di sekolah tersebut, saya juga memikul tanggungjawab sebagai guru kelas tahun 5c yang mempunyai tahap pencapaian yang sederhana namun ada kelebihan yang tersendiri.. apa yang penting ialah pendekatan yang diggunakan. Pendekata-pendekatan yang betul mampu merubah mereka, saya nerasakan perlunya saya melakukan sesuatu untuk menjadikan kelas 5C ini mampu membuat perubahan yang baik, hasilnya kelas 5 C acap kali diumumkan kelas terceria dalam piala pusingan mingguan, ketika itu bagaikan hendak menitis airmata saya melihat adanya sesuatu yang mereka boleh lakukan yang terbaik dan boleh menyedarkan pandangan orang bahawa mereka bukanlah pelajar yang lemah secara total apa yang penting bagaimana kita mendekati mereka, saya dapati mereka perlukan perhatian dan sokongan daripada guru dengan itu mereka mampu melakukan yang terbaik walaupun bukan keseluruhan hanca secebis perubahan positif daripada mereka sudah berjaya membuahkan bibit-bibit kegembiraan di hati saya. Alhamdulillah...yang penting niat kita iklas dan baik tuhan mesti tolong punya...5c tetap terpahat dalam hati saya, apalah yang mereka lakukan sekarang? urm.... mestilah tengah melalui alam sekolah menengah dah besar anak murid saya...

Dalam waktu yang sama saya juga terlibat dengan guru yang menguruskan pertandingan Tilawah Peringkat Sekolah di Daerah Tenom, yang mana pertandingan ini memerlukan pihak sekolah mengantar beberapa peserta untuk turut dalam pertandingan yang dianjurkan. dan dalam hal ini saya bersama beberapa orang guru diamahkan untuk menguruskan kumpulan nasyid sekolah. Berkat kerjasama antara kami terdapat memerapa pembaharuan yang berlaku dalam kumpulan nasyid tersebut seperti adanya peralatan muzik yang baru untuk diggunakan semasa pertandingan. Dengan berkat kerjasama saya dan guru-guru yang terlibat kumpulan nasyid yang dibimbing oleh kami mendapat naib johan dan sekalugus juga turut dapat menjadi wakil keperingkat bahagain, dan atas penghargaan pihak sekolah kumpulan nasyid ini berjaya mendapat tajaan untuk pakaian pula ..tahniah anak muridku kamu memang boleh!

Masa berlalu begitu cepat setelah hampir empat bulan saya menjadi guru ganti kontrak saya pun tamat, masih segar diingatan ketika majlis perpisahan sempenah tamatnya kontrak saya menjadi guru ganti ramai anak murid yang datang ada yang menangis dan ada juga yang memberi hadiah ketika itu tuhan sahaja yang tahu betapa sedih pula rasanya nak meninggalkan anak-anak murid yang hampir saban hari berhadapan dengan saya dengan pelbagai karenah dan gelagat. Terimakasih tidak terhingga kepada warga SK Pekan Tenom kerana mengadakan majlis tersebut dan masih segar diingatan saya ketika mana PK Sekolah berucap dia sempat lagi mendokan semoga saya berjaya melangkahkan kaki ke menara gading seterusnya menjadi pendidik...Terima Kasih Warga SK Pekan Tenom.

Inilah yang dinamakan rezeki, hanya seminggu selepas itu ada pula kawan kepada kakak saya ingin mencari guru penganti bagi mengantikan guru cuti bersalin di SM Chung Hwa Tenom, dan saya antara yang ditawarkan mungkin kerana saya pernah berpengalaman di sekolah. Namun kontrak saya tidaklah lama hanya tidak sampai dua bulan kenapa? nanti saya ceritakan.Saya pun menerima tawaran tersebut dan saya memikul tanggungjawab untuk mengajar Subjek Bahasa Melayu tingkatan satu, Kemahiran Hidup untuk tingkatan dua dan Pendidikan Moral untuk tingkatan tiga...Huh! ini lagi cabaran yang besar bagi saya...bidang terjun lah katakan..sebelum mengajar saya kena study dahulu buku-buku yang berkaitan ditambah lagi cabaran yang berlaku apabila kali ini saya terpaksa berhadapan dengan pelajar sekolah menengah berbeza sangat dengan gelagat murid-murid saya sebelum ini di SK Pekan..namun hari demi hari saya sangat seronok berada di sekolah tersebut guru-guru juga tidak lokek memberikan tunjuk ajar kepada saya..antara kenangan terindah semasa sambutan hari guru saya turut di beri penghargaan siap diberi peluang untuk memberi ucapan tuhan sahaja yang tahu perasaan saya mengenangkan rendah nya pendidikan dan pengalaman saya hanya guru ganti lepasan STPM..namun sya beranikan diri dan Alhamdulillah semua guru di sekolah tersebut sangat baik malah saya berkawan dan boleh berkongsi makanan dengan mereka kenangan terindah yang turut tidak dapat saya lupakan.

Namun berita yang sangat dinanti-nantikan pun tiba apabila ketika itu saya tengah mengajar pelajar tingkatan dua bagi subjek kemahiran hidup dan saya mendapat SMS daripada kawan untuk mengetahui keputusan memasuki universiti.. keluar sahaja ucapan tahniah di paparan screen HP saya laju sahaja mata ini terus membaca ayat-ayat seterusnya PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUSELING UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ketika itu juga menitis air mata saya dan saya terus berkongsi berita gembira itu dengan anak murid saya ketika dalam kelas tersebut..khabar gembira itu turut saya kongsikan di blik guru. Semua guru rata-ratanya mengucapkan tahniah..namun masalah yg berlaku ialah tarikh pendaftaran ialah 1 Julai 2007 tapi tarikh kontrak guru ganti saya habis pada 11 Julai 2007 namun dengan budi bicara pengetua sekolah dia membenarkan tugasan saya di ganti dengan guru lain terima kasih yang tidak terhingga untuk warga SM Chung Hwa Tenom..

Tidak ada yang menduga daripada bengku sekolah menjadi pelajar seterusnya menjadi tenaga pengajar dengan berstatus guru ganti dan kini Alhamdulillah 2011 bakal menjadi guru yang bertauliah..terima kasih kepada mama, bapa kakak n abang seterusnya keluarga yang tidak pernah putus mendoakan kejayaan saya.

Wednesday, February 24, 2010

Di sini lahirnya sebuah cita...



Disini Bermula....

lanya bermulanya di sini .. mengimbau tentang pendidikan yg saya perolehi daripada Tabika Kemas Kg Chinta Mata Tenom Sabah , seterusnya menapak ke dunia persekolahan yg sebenar di Sk Chinta Mata Tenom..dan dengan bebekalkan kepustusan yang diperolehi saya dapat menyambung persekolahan di sekolah berasrama iaitu SMKA Limauan Papar Kota Kinabalu sehingga ketingkatan lima. Masih segar di ingatan ketika itu jika ditanya kemanakah hala tuju selepas SPM ringan sahaja mulut ini untuk menjawab Nilam Puri UM lah tempatnya, melihat kejayaan2 sinior yg masuk kesana ditambah lagi apabila mereka datang ke sekolah untuk menjalankan pogram semangat cintakan UM semakin membara. Namun kita hanya mempu merancang dan tuhan yg menentukan, mungkin takdir saya bukan disana tempatnya, saya hanya mendapat tawaran untuk menyambung di matrikilasi UIA dalam jurusan Teknologi, pada ketika itu keluarga saya kurang merestui untuk sampai kesana kerana melihatkan peluang pekerjaan yang agak sukar selepas temat belajar nanti ini juga berdasarkan pengalaman jira2 yang menganggur setelah tamat ijazah lalu dengan dorongan keluarga saya gagahkan juga diri untuk memasuki lagi dalam dunia persekolahan yang agak lama saya tinggalkan ..yang mungkin lagi lebih cerah masa depan saya setelah mendapat sijil STPM kelak. SMKA Kota Kinabalu Sabah lah tempatnya..selama dua tahun disana pelbagai dugaan dan rintangan saya lalui masih segar di ingatan ketika saat2 ingin menduduki STPM saya masih sempat diuji dengan Demam Campak, seisi sekolah risaukan keadaan saya memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kertas peperiksaan bakal saya duduki yang mana ini lah peluang terakhir saya untuk sampai ke menara gading..hanya doa mama n bapa adik beradik, guru-gru dan rakan2 yang menaikkan semangat saya untuk terus kuat melawan demam tersebut, masih ingat lagi kata-kata keramat Ustazah Marzila yang juga Penolong Kanan Di SMAKK ketika itu ketika memeluk saya dia berkata SAYA DOAKAN AWAK MASUK UNIVERSITI masih saya ingat kata2 itu sehingga sekarang syukran jazilan ya ustazah , Terima kasih mama n bapa guru-guru ustaz n ustazah Tabika Kemas KGCM, SKCM ,SMALL n SMAKK dan rakan- rakan seperjuangan Kearana mu aku berada Di sini...^-^

Wednesday, February 10, 2010

Salam Satu Malaysia


Assalamualaikum , Alhamdulillah dengan ilham dariapada saya n kawan2 dapat menyiapkan blog yang saya rasakan integrasi ilham antara UPSI dan UPNM terima kasih kawan2 ku..jasamu ku kenang. Ilhamanakbayu ini merupakan cetusan lebih lepada perkongisan tentang anak bayu yang meneruskan perjuangan di negeri orang yang membuahkan pengalaman2 yang menarik suka duka bergelar bakal kaunselor. Harapan agar blog ini mempu memberi ilham kepada sesiapa juga yang mengunjungi blog saya, sekian salam anak bayu dariku untuk semua!