BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 24, 2010

Di sini lahirnya sebuah cita...



Disini Bermula....

lanya bermulanya di sini .. mengimbau tentang pendidikan yg saya perolehi daripada Tabika Kemas Kg Chinta Mata Tenom Sabah , seterusnya menapak ke dunia persekolahan yg sebenar di Sk Chinta Mata Tenom..dan dengan bebekalkan kepustusan yang diperolehi saya dapat menyambung persekolahan di sekolah berasrama iaitu SMKA Limauan Papar Kota Kinabalu sehingga ketingkatan lima. Masih segar di ingatan ketika itu jika ditanya kemanakah hala tuju selepas SPM ringan sahaja mulut ini untuk menjawab Nilam Puri UM lah tempatnya, melihat kejayaan2 sinior yg masuk kesana ditambah lagi apabila mereka datang ke sekolah untuk menjalankan pogram semangat cintakan UM semakin membara. Namun kita hanya mempu merancang dan tuhan yg menentukan, mungkin takdir saya bukan disana tempatnya, saya hanya mendapat tawaran untuk menyambung di matrikilasi UIA dalam jurusan Teknologi, pada ketika itu keluarga saya kurang merestui untuk sampai kesana kerana melihatkan peluang pekerjaan yang agak sukar selepas temat belajar nanti ini juga berdasarkan pengalaman jira2 yang menganggur setelah tamat ijazah lalu dengan dorongan keluarga saya gagahkan juga diri untuk memasuki lagi dalam dunia persekolahan yang agak lama saya tinggalkan ..yang mungkin lagi lebih cerah masa depan saya setelah mendapat sijil STPM kelak. SMKA Kota Kinabalu Sabah lah tempatnya..selama dua tahun disana pelbagai dugaan dan rintangan saya lalui masih segar di ingatan ketika saat2 ingin menduduki STPM saya masih sempat diuji dengan Demam Campak, seisi sekolah risaukan keadaan saya memandangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kertas peperiksaan bakal saya duduki yang mana ini lah peluang terakhir saya untuk sampai ke menara gading..hanya doa mama n bapa adik beradik, guru-gru dan rakan2 yang menaikkan semangat saya untuk terus kuat melawan demam tersebut, masih ingat lagi kata-kata keramat Ustazah Marzila yang juga Penolong Kanan Di SMAKK ketika itu ketika memeluk saya dia berkata SAYA DOAKAN AWAK MASUK UNIVERSITI masih saya ingat kata2 itu sehingga sekarang syukran jazilan ya ustazah , Terima kasih mama n bapa guru-guru ustaz n ustazah Tabika Kemas KGCM, SKCM ,SMALL n SMAKK dan rakan- rakan seperjuangan Kearana mu aku berada Di sini...^-^

0 comments: